Rabu, 14 Maret 2012

Mengenal diri

ILMU MENGENAL DIRI
Mengenal Diri -
Mengenal Allah, ILMU
MENGENAL DIRI"
tentu ramai dari kita
yang akan
menyangka bahawa
yang akan di
bicarakan ialah Diri
yang kelihatan iaitu
jasad kasar kita ini
atau yang di kenali
dengan panggilan
Badan, tapi
sebenarnya tidak.
Diri yang di
maksudkan itu ialah
Diri Sebenar Diri,
yang duduknya di
dalam Jasad atau
badan kasar kita ini.
Untuk itu kita
haruslah memahami
yang mana jasmani
dan yang mana
rohani, yang mana
diri terdiri dan diri
terperi, yang mana
jiwa dan yang mana
raga dan yang selalu
jadi sebutan orang ya
itu yang mana zahir
dan yang mana batin.
Kita harus nya faham
perbezaan dua kata
kata ini, sebelum kita
lafaskannya.
Jasmani tentunya
berbeza dari Rohani,
Jiwa berbeza dari
Raga dan pastinya
zahir berbeza dari
batin, Jika tidak
mengapa ada dua
perkataan tersebut
yang sentiasa
menjadi sebutan
kita?
Kita semua tahu dan
selalu menyebut akan
kalimah ini, tapi
tahukah kita
perbezaan antara
keduanya??
Perbezaan ini lah
yang ramai antara
kita tidak dapat
menerangkan
dengan jelas apa lagi
untuk dapat
merasakan
perbezaannya.
Kebanyakan dari kita
berangapan bahawa
jasad kasar kita ini
atau badan kita ini
lah di panggil "Diri"
dan dapat hidup
sendiri sendiri, tetapi
sebenarnya Jasad
atau Badan kasar kita
ini yang kita jaga dan
perindahkan ini,
sebenarnya ialah
benda mati, yang
tidak dapat berbuat
apa apa jika tidak
ada "Penghidupnya"
yang duduk nya
didalam jasad itu
sendiri. Penghidup
ini lah yang dipanggil
Diri Sebenar Diri. Diri
yang berdiri dengan
sendiri dan yang ujud
apabila Roh
memasuki Jasad ,
oleh itu faham lah
kita bahawa Diri
sebenar Diri ujud
sesudah Roh berada
di dalam Jasad.
Perlulah di ketahui
bahawa kita ini
secara amnya
terbahagi kepada 2,
iaitu yang dipanggil
Jasmani (Jasad) dan
Rohani.Atau ada juga
orang memanggil
Jiwa dan Raga dan
banyak lagi nama
nama yang di beri
kepada Diri dan jasad
untuk mudah di
fahami dan mengikut
perguruan tertentu.
Renung kembali
kesah ujudnya
Adam
Setelah Malaikat
menyiapkan Jasad
Adam dan Jasad
Adam terbaring kaku,
maka Allah pun
memerintahkan Roh
untuk masuk ke
dalam Jasad Adam,
dan bertanyalah akan
Roh kepada Allah " Ya
Allah melalui jalan
mana harus aku
masuk?" maka Allah
pun menjawab, "
Masuklah melalui
mana mana yang kau
senangi" dan
seterusnya Roh
memasuki Jasad
Adam melalui
Hidung. Dan
seterusnya kita
bernafas melalui
hidung.
Jadi di sini dapatlah
kita fahami bahawa
bila Roh masuk ke
dalam jasad Adam,
barulah Adam hidup
dan seterusnya
bangun dan berdiri,
ini jelas
menunjukkan bila
Roh masuk kedalam
Jasad barulah Jasad
hidup atau juga di
panggil Bernyawa.
Diri sebenar Diri
Setelah Roh
memasukki Jasad,
baharulah ujudnya
"Diri" atau jelasnya
"Diri" ini mendatang
kemudian setelah
Roh memasuki jasad.
Keterangan
ringkasnya ialah, Roh
itu adalah Cahaya
dan bila ia
memasukki jasad
maka cahaya tadi
memenuhi ruang
jasad di dalam dan
akan menjadi saperti
jasad nya sendiri.
Maka dengan sebab
ini lah "Diri" itu
rupanya sama
dengan jasadnya
sendiri, tapi ianya
ghaib. Dan harus
diingat hanya yang
ghaib sahaja dapat
menghubungi yang
ghaib.
Cahaya (Diri) tadi
mengalir ke seluruh
jasad di dalam, dan
dia lah yang menjadi
"Penghidup" kepada
Jasad. Dia lah hidup
sebenar benar hidup,
lagi menghidupkan.
BARANG SIAPA
MENGENAL DIRINYA
NESCAYA KENALLAH IA
AKAN TUHANNYA
Saperti yang telah di
terangkan diatas Diri
ini rupa nya saperti
kita cuma ia nya
ghaib dan duduknya
di dalam jasad kasar
kita ini, dan tugas
nya menghidupkan
jasad kita dan dia
juga di panggil
nyawa dan macam
macam nama lagi
mengikut Aliran
Perguruan yang
mengajar Ilmu
Mengenal Diri ini.
Walau bagaimana
pun perlu di tegaskan
disini semua Aliran
Perguruan adalah
benar dan
mempunyai
kelebihan kelebihan
tersendiri.
Ini lah Diri Sebenar
Diri yang harus di
kenal dengan rasa
dan perasaan, dan
dengan geraknya
yang tersendiri.
Bagaimana kah cara
untuk mengenalnya?
Diri sebenar Diri yang
duduk nya dalam
jasad itu, dimana
tugas nya
menghidupkan jasad,
dengan cara
mengalirkan
pancaran cahaya
kehidupan di dalam
jasad, dan kalau
ingin mengenalnya
dengan erti kata
kenal sebenar benar
kenal tentulah kita
perlu melahirkan Diri
itu.
Kelahiran pertama
kita ialah bila Ibu
kita melahirkan kita,
dan kelahiran kali
kedua ialah bila kita
berjaya melahirkan
Diri Sebenar Diri
yang diamnya di
dalam jasad kita
sendiri dan dengan
tugas dan rahsia nya
yang tersendiri..........
menghidupkan kita,
tapi sayang jasad
tidak pernah terfikir
untuk memikirkan
siapakah yang
menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah
Diri sebenar Diri kita
itu, Diri yang banyak
daya guna dan
banyak menyimpan
rahsia, Bukankah dia
berasal dari
sana................dari
Yang Maha Pencipta
dan Yang Maha Besar.
Untuk itu lahirkan lah
itu Diri Sebenar Diri,
yang maksud nya
dengan membuka
pintu bagi nya untuk
keluar, (jalannya) dan
cara melahirkan nya
ada 3:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan
Sendiri.
3. Dibuka kan oleh
Guru yang
Berpengalaman.
Apa Maksud
Dibuka ( dilahirkan )
.
1. Terbuka Sendiri.
Mengikut
pengalaman saya
sendiri. saya telah
berjumpa dengan
5 i
nsan yang terbuka
(terlahir) Diri
Sebenar Diri nya,
dan keterbukaan
Diri ini
diperdapatkan nya
pada satu hari
mereka berdoa
dan tiba tiba jari
jemari mereka
mula
menimbulkan satu
rasa, di dalam
badan mereka
terdapat satu rasa
dan perasaan, dan
tangan mereka
seolah menolak
atau bergerak
perlahan lahan.
Mereka mereka
yang
mendapatkan nya
dengan cara ini
selalunya tidak
mengetahui dan
faham apakah
yang terjadi
sebenarnya.
Mereka perlukan
penerangan dan
penjelasan dari
orang orang yang
lebih mengetahui
akan ilmu ini.
Mereka mereka
yang mendapat
cara ini selalunya
yang beramal
dengan kaedah
Tarikat.
2. Membuka dengan
sendiri.
Ini boleh
dilakukan dengan
berdoa untuk di
lahirkan Diri
Sebenar Diri itu,
dan ada juga yang
berjaya di izinkan
Allah
3. Dibukakan oleh
Guru yang
berpengalaman
Untuk ini pelajar
atau mereka yang
ingin di buka
perlu duduk
dihadapan guru
dan akan berzikir
bersama sama
sehingga Diri itu
lahir, dengan izin
Allah
Kebanyakan orang
akan mempelajarinya
mengikut cara ke 3 ia
itu dengan di
bukakan atau
dilahirkan Diri
sebenar Diri itu
melalui Guru yang
membukakannya.
Selalu kita
mendengar orang
berkata zahir dan
batin, luar dan dalam
jiwa dan raga, tapi
cuba kita renungkan,
adakah kita faham
apa yang kita
katakan?
Kita sebenarnya
mempunyai 2
aliran:
1. Aliran Zahir atau
Jasmani
Aliran ini bertitik
tolak dari
bekerjanya
Jantung kita. Dan
ianya mengaliri
keseluruh batang
tubuh kita, dan isi
kepada aliran
zahir ini ialah
Darah.
2. Aliran Batin atau
Rohani
Aliran ini
berisikan daya
hidup yang
pangkalnya dari
"Hidup" yang
mengaliri aliran
tertentu saperti
aliran Jasmani,
cuma beza nya
aliran ini ialah
cahaya kehidupan
dan ianya berupa
arus letrik. Ini
telah di buktikan
oleh ahli sain dari
Cina dimana
mereka berjaya
mengambil
gambar arus letrik
yang mengalir
dalam badan
manusia ini.
DIRI
Ianya duduk
didalam jasad
Rupa nya sama
saperti jasad tapi
ghaib
Dia lah yang
Menghidupkan
kita
Punca tenaga
Ia serba tahu
kerana datang
dari yang Maha
Tahu
Dialah yang
mengenal Allah
kerana dia berasal
dari sana
KEHIDUPAN KITA DI
DALAM
"Diri" ini lah
sebenarnya
kehidupan kita yang
hidup di dalam jasad
dan sememangnya
kehidupan kita
bermula dari dalam
badan kasar kita ini,
dia mengisi
kehidupan kita dan
meliputi
keseluruhannya, dan
di tutup serta di
batasi dengan bulu
dan kulit kita,
dimana bagi orang
luar atau orang
nyata, kehidupan di
dalam ini nagetif
kerana tidak nyata.
Tetapi kalau kita mau
tau dan mau cuba
memahami bahawa
sebenarnya,
perbetulkan lah
kehidupan dalaman
kita ini dahulu dan
dengan sendirinya
kehidupan luaran
kita akan sempurna....
Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri
Sebenar Diri anda
dan insyaallah kenal
lah ia akan Tuhannya
saperti Sabda Nabi
junjungan kita"
Barang siapa
mengenal Diri
nescaya kenal lah ia
akan Tuhannya"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Komentar