Rabu, 14 Maret 2012

Rahsia makrifat

RAHSIA MAKRIFATULLAH: KITAB ARWAH
TO'KU PALOH
Bismillah
Hirrohman Nir
Rohim.
~ Adapun syariat
itu kenyataan Af'al
Allah.
~Adapun Thariqah
itu kenyataan
Asma' Allah.
~Adapun Hakikat
itu kenyataan Sifat
Allah.
~Adapun Makrifat
itu kenyataan Zat
Allah.
Soalan-
Syariat,tarikat,
hakikat dan
makrifat itu
dimana tempat
pada diri kita??
Jawab:
~Adapun syariat
itu nyata pada
tubuh kita.
~Adapun tarikat
itu nyata pada hati
kita.
~Adapun hakikat
itu nyata pada
nyawa kita.
~Adapun makrifat
itu nyata pada
rahsia kita dan
bahawasanya:-
~Tubuh itu
kenyataan Af'al
Allah.
~Hati itu jadi
kenyataan Asma
Allah.
~Nyawa itu jadi
kenyataan Sifat
Allah.
~Rahsia itu jadi
kenyataan Zat
Allah.
Soalan-
Syariat,tarikat,
hakikat dan
makrifat itu
kejadian daripada
apa?
Jawab:-
~Adapun kejadian
syariat itu
daripada air.
~Adapun kejadian
tarikat itu
daripada angin.
~Adapun kejadian
hakikat itu
daripada bumi
( Tanah )
~Adapun kejadian
Makrifat itu
kejadian daripada
terang api.
Soal-
Syariat itu
kejadian daripada
air,adakah air
sungai,air
hujan,laut,telaga
atau lain2 lagi?
Jawab:-
Adapun yang
dikatakan syariat
itu daripada air
bukan seperti air
yang tersebut
itu,sebenarnya
ialah Nur
Muhammad.
Soal-
Tarikat itu
kejadian daripada
angin,adakah
angin bertiup-tiup
atau angin
utara,selatan,
timur,barat atau
sebagainya??
Jawab:-
Adapun Tarikat itu
dikatakan
daripada angin
tidak
sebagaimana
angin yang
tersebut
diatas
itu,Sebenarnya
ialah Nafas
Muhammad.
Soal-
Hakikat itu
kejadian daripada
tanah. Adakah
tanah seperti
tanah liat,tanah
bukit,kuning
pasir dan lain lain
lagi?
Jawab:-
Adapun hakikat
itu dikatakan
tanah,bukan
seperti tanah yang
tersebut,
sebenarnya ialah
Tubuh
Muhammad.
Soal-
Makrifat itu
kejadiaan
daripada terang
api,adakah seperti
matahari,bulan,api
biasa atau
lampu atau api
elektrik?
Jawab:-
Sebenarnya bukan
seperti api yang
tersebut,
Sebenarnya ialah
darah Muhammad.
~Adapun kejadian
diri kita yang
zahir ialah asalnya
4 anasir iaitu
tanah,air,api
&angin,maka
keempat2 itu
asalnya 1 jua iaitu
asal tanah air,asal
air angin,asal
angin api,dan asal
api itu ialah Nur
Muhammad dan
Nur Muhammad
itu pula Nur Allah.
Adapun diri yang
zahir itu kepada
kita seperti
berikut dibawah
ini:-
~Bermula tanah
itu menjadi
daging pada kita.
~Air itu menjadi
tulang pada kita.
~Angin itu
menjadi urat pada
kita.
~Api itu menjadi
darah pada kita.
Maka masing2 ini
kerjanya didalam
sembahyang.
Soal-
Tanah,air,api dan
angin itu apa
kerjanya di dalam
sembahyang?
Jawab:-
~Adapun Af'al api
itu berdiri
didalam
sembahyang.
~Adapun af'al
angin itu rukuk
didalam
sembahyang.
~Adapun af'al air
itu sujud didalam
sembahyang.
~Adapun tanah itu
duduk di dalam
sembahyang.
Maka keempat2
itu dinamakan dia
jasmani ertinya
tubuh yang zahir.
Adapun nyawa
jasmani itu
rohani,maka yang
bernama rohani
itu tubuh
Muahammad
hakikat,kerana
tubuh Muhammad
itu tiada
bercampur
dengan keempat2
anasir itu,hanya
semata2 tubuh
Muhammad itu
rohani.
Soal-
Apa nama tubuh
kita apa nama
nyawa kita?
Jawab:-
Adapun tubuh kita
bernama jasmani
dan nyawa kita
bernama rohani,
maka yang
bernama
rohani itu lah
tubuh Muhammad,
sebab itulah kita
beroleh bangsa
daripada tubuh
Muhammad,maka
tiap2 sesuatu yang
dibangsakan
dengan tubuh
Muhammad itu
diharamkan atas
api neraka,dan
sebab itulah maka
tiada boleh
meninggalkan
sembahyang
5 waktu,nescaya
putuslah bangsa
itu melainkan
sebangsa dengan
binatang jua
adanya.
Sabda Nabi SAW
Barang siapa
keluar masuk
nafasnya dengan
tiap2 keluar
masuk dengan
tiada zikir
Allah,maka sia
sialah ia.
Bermula nafas itu
atas 2 langkah-
satu naik-kedua
turun,maka
tatlaka naik itu
sampai
kepada tujuh
petala langit maka
berkata ( Wan Nu
rul yajri ilal ardhi
pakhola
Huwallah )
Dan tatkala turun
sampai kepada
tujuh petala bumi
maka nafas nabi
itu puji
Allah,tatkala
masuk nafas itu
namanya puji HU.
Tatkala ia berhenti
seketika antara
keluar dan masuk
nafas namanya
puji AH-AH,dan ia
tidur atau mati
nafas HAKH
dalam,maka
ingatlah
olehmu akan
memelihara nafas
itu,dengan
menghadirkan
makna ini
sentiasa,didalam
berdiri,duduk dan
diatas barang
yang diperbuat
hingga memberi
bekas pada
sekelian
badan dan
limpahlah segala
anggotanya,maka
apabila tetaplah
tilik hatimu maka
jadilah
anggota hidup
didalam 2 negeri
yakni dunia dan
akhirat dan
bahagiakan Allah
baginya
pintu selamat
sejahteralah ia
didalam dunia dan
akhirat
dianugerahkan
Allah Taala
mereka itu sampai
kepada martabat
segala nabi dan
segala muslimin
dan
mengharamkan
Allah Taala tubuh
nya dimakan api
neraka dan badan
pun tidak dimakan
tanah didalam
kubur,maka
engkau tetaplah
dengan hati wahai
saudaraku pada
hal jangan engkau
daripada orang
yang lupa.Mudah
mudahan
dibahagikan Allah
Taala
atasmu,dengan
bersedapan
hingga sampai
kepada ajal kamu.
Adapun Nafas kita
keluar masuk
pada sehari
semalam iaitu
pada siang 12000
dan pada
malam
12000,Inilah
bilangan jam
sehari semalam
24 jam iaitu pada
siang 12 jam
malam
12
jam.Demikianlah
juga huruf
Kalimah La Ilaha
Ilallah dan huruf
Muhammad
Rasullullah
masing2
mempunyai 12
huruf berjumlah
semua 24 huruf
semuanya.
Maka barangsiapa
mengucap dengan
sempurna yang 7
kalimah ini
nescaya ditutup
Allah
Taala pintu neraka
yang 7 juga.
Barangsiapa
mengucap yang
24 huruf ini
dengan sempurna
nescaya diampun
Allah Taala
dosanya yang 24
jam,inilah
persembahan kita
kepada tuhan kita
yang tiada
berkeputusan
yang dinamai
sembahyang Daim
dan Puasa itu
melakukan nafsu
batin dan zahir.
Sabda Nabi SAW
( Ana min
Nurrullah wal
alami Nurri )
Ertinya- Aku
daripada Allah dan
sekelian alam
daripada aku,
sebab itulah
dikatakan
( Ahmadun Nuril
Arwah ) ertinya-
Muhammad itu
ibubapa sekelian
arwah dan
dikatakan (Adam
Abu Basar )
ertinya- Bapa
sekelian tubuh.
Adapun yang
dikatakan sebenar
benarnya fardhu
itu ialah
nyawa,kerna
nyawa itu
memerintah
kepada badan
kita,jikalau
digerak Allah
nyawa itu
bergeraklah badan
kita.
Adapun Awal
Muhammad itu
Nurani. Akhir
Muhammad itu
Rohani. Adapun
zahir Muhammad
itu Insani.
Adapun Batin
Muhammad itu
Rabbani.
Adapun awal
Muhammad itu
nyawa oleh kita.
Adapun akhir
Muhammad itu
hati kepada kita.
Adapun zahir
Muhammad itu
rupa oleh kita.
Adapun batin
Muhammad itu
ujud oleh kita.
Adapun yang
bernama Allah itu
sifatnya.
Adapun yang
bernama Sebenar-
benar Allah itu zat
wajibal Ujud
Adapun yang
bernama insan
itulah nyawa.
Adapun yang
sebenar-benar
insan itu manusia
yang tahu
berkata-kata
adanya.
Maka inilah suatu
risalah yang
tersimpan
daripada
perkataan usul
takhlik jalan
segala
orang yang
mengenal Allah
Taala.
Soal-
Tatkala manakah
ia bernama HU
dan tatkala
manakah ia
bernama Allah
dan
tatkala manakah
ia bernama
Rahman
Jawab:-
Tatkala La Takyin
tiada nyata ia
bernama ( HU )
dan tatkala La
Takyin Awal
nyatanya ia
bernama ( Allah )
dan tatkala La
Takyin Sani
kenyataan ia
bernama
( Rahman )
Soal-
Akan La Takyin itu
martabat apa dan
Takyin awal
martabat apa dan
Takyin Sani itu
martabat apa?
Jawab:-
Adapun La Takyin
itu martabat zat
mutlak dan akan
Takyin awal itu
martabat
zat( Muqaiyyid
pertambatan) dan
akan takyin sani
itu Sifat
( Muqaiyyid )
Soal-
Mana yang
bernama zat
mutlak dan mana
yang bernama zat
Muqaiyyid dan
mana yang
bernama Sifat
Muqaiyyid?
Jawab:-
Adapun yang
bernama Zat
Mutlak iaitu
(Qaibal Quyub)
atau lenyap.Maka
zat Muqaiyyid
itu Muqaiyyid
dengan sifat dan
asma dan
Muqaiyyid dengan
alam ini.
Soal-
Apa sebab 3
martabat itu
dikatakan oleh
pendita,tiada ia
kepada baharu
ujud?
Jawab:-
Kerana martabat
yang 3 itu sebab
ia ketuhanan hak
Taala daripada
ujudnya dengan
cahaya dan jauhar
dan a'rad supaya
jangan sama.
Soal-
Betapa beza
hakikat
Muhammad
dengan Hakikat
Insan?
Jawab:-
Adapun Hakikat
Muhammad
dengan Insan itu
umpama sumbu
maka ada nyala di
hujung
sumbu
itu,demikian juga
hakikat
Muhammad
dengan
Insan,maka yang
lain itu hakikat
Allah maka
sempurnalah
hakikat Makrifat
diri kita dengan
dia.
Soal-
Ahdiat,Wahdah,
Wahdiat itu
ketuhanan kepada
Allah??
Jawab:-
Satu ketuhanan
zat,kedua
ketuhanan
sifat,ketiga
ketuhanan Af'al
asma'
Soal-
Akan alam
roh,alam
misal,alam
ajsam,alam
insan,apa kepada
Allah Taala?
Jawab:-
Adapun alam
roh,alam
misal,alam ajsam
dan alam insan itu
rohul Qudus
kerana ia
teladan segala
hakikat.
Soal-
Apa martabat
Rohul Qudus??
Jawab:-
Bayang hak Allah
kerana Pusaka ia
yang Asa
Soal-
Apa pusaka
mutlak atau
pusaka zat
Muqaiyyid?
Jawab:-
Iaitu pusaka zat
mutlak pandangan
zat Muqaiyyid
kerana 2 tilik,
1) Tilik keatas
maka iaitu Mutlak
2) Tilik kepada
Ujudnya iaitu zat
Muqaiyyid
Soal-
Apa martabat
Muhammad itu
kepada kita tilik
kita?
Jawab:-
Adapun martabat
Muhammad itu
kepada kita Roh
Idofi dan akan kita
Sir Qalbi.
Soal-
Muhammad itu
apa kepada Allah
dan apa kepada
insan?
Jawab:-
Adapun akan
Muhammad tilik
takyin kepada
Allah Taala khatam
isyarat kepada
kita.
Soal-
Betapa isyarat
kepada kita?
( Makfirat )
Jawab:-
Adapun isyarat
makrifat itu
kepada kita atas 4
hal:-
1) Musyahadah
2) Murakhobah
kita
3) Muqarannah
4) Muqabalah
Inilah pekerjaan
yang dikerjakan
oleh ulamak.
Soal-
Apa sebab
dinamakan
dengan
Musyahadah,
Muraqobah,
Muqaranah,
Muqabalah?
Jawab:-
Adapun sebab itu
kerna ia
menghasilkan
zikir kepada
rahsia yang
mengzahirkan
Baqa
maqam rahsia.
Soal-
Muhammad itu
apa ia kepada
Allah dan Allah itu
apa ia kepada
Muhammad?
Jawab:-
Adapun
Muhammad itu
sifat Allah dan
Allah itu zat
kepada
Muhammad.
Soal-
Hakikat
Muhammad itu
apa ia dan insan
apa ia?
Jawab:-
Adapun
sebenarnya diri
itu sifat Muqaiyyid
ialah yang
dinamakan Akyan
Sabitah
maka Akyan
Sabitah itu Hak
Allah Taala
disempurnakan
dengan Hak Allah.
Soal-
Apa dinamakan
Hak Taala itu?
Jawab:-
Adapun yang
dinamakan Hak
Taala yang tiada
betapa dan tiada
meminta.Inilah
sebenarnya Hak
Taala tiada
baginya peri,maka
hak Taala ( Peri
yang maha
tinggi )
Soal-
Betapa hak kita
kepada Allah
Taala?
Jawab:-
Adapun hak kita
kepada Taala itu
bayang kepada
haknya adapun
hak kita serahlah
akan
bayang-
bayangnya.
Soal-
Maka hak itu pula
apa kepada kita?
Jawab:-
Apapun hak itu
kepada kita zat
sekali2.
Soal-
Betapa dikatakan
oleh segala ahli
hakikat hak Taala
itu tuhan kita?
Jawab:-
Sebab dikatakan
itu kerana tatkala
menilik dirinya
menjadi tubuh
insan kerana
inilah
pihak dikatakan ia
tuhan dan pihak
ujudnya dikatakan
zat.
Soal-
Adakah zat itu
berzat pula
kepada hakikat
Muhammad itu
adakah ia berzat?
Jawab:-
Adapun hakikat
Muhammad itu
hakikat Allah
itulah sekali2
ditilik.
Soal-
Apa sebab maka
segala insan itu
termulia kepada
Allah daripada
yang dijadikan?
Jawab:-
Adapun manusia
termulia dari
kerana Rohul
Quddus.Inilah
dimuliakan Allah
Taala.
Soal-
Roh Quddus itu
nyawa siapa?
Jawab:-
Adapun roh
Quddus itu nyawa
Muhammad dan
hakikat insan
ia,maka sekelian
itu ialah
memerintah
sekelian isi langit
dan bumi.
Soal-
Apa yang nyata
Muallim itu?
Jawab:-
Adapun yang
nyata di dalam
Muallim itu Roh
Idofi iaitu cermin
yang suci.
Soal-
Apa sebab Roh
Idofi itu
dinamakan cermin
yang maha
suci.Dan
ditaksilkan
dengan
cermin yang maha
suci?
Jawab:-
Adapun roh idofi
itu ditaksilkan
cermin kerana ia
nyata bayang2
yang didalam
cermin
sebab itulah maka
dinamakan
cermin.
Soal-
Apa sebab roh
Quddus bayang2
Hak Taala?
Jawab:-
Kerana inilah
maka dikatakan ia
nyawa
Muhammad
iqtiqad UlamaÉ.
Soal-
Kerana apa hak
Taala itu nyawa
kepada insan?
Jawab:-
Kerana teladan
ujudnya Hak Taala
serupa dengan
ujudnya yang
berujud insan
itu,tetapi
dia dialam
bahawa alam
tiada
berupa.Inilah
dikatakan serupa
tiada lain yang
diserupakan
kerana harus pada
akal dan lafaz
mengatakan:-
ÌNutasabiha wa
pairi mutasabihÍ
Soal-
Ujud yang mana
serupa dengan
insan itu,Ujud
Mutlak atau Ujud
Muqaiyyid?
Jawab:-
Adapun ujud yang
serupa dengan
insan itu ujud
Muqaiyyid jua.
Soal-
Yang mana
dinamakan Ujud
Muqaiyyid itu?
Jawab:-
Inilah Ujud Allah
Taala hakikat ujud
insan yang
dinamakan
Muqaiyyid itu
kerana ialah
pertambatan hak
Taala
Soal-
Apa sebab hak
Taala dikatakan
oleh segala ahli
hakikat dan segala
ahlillah insan itu
hak
Taala?
Jawab:-
Kerana
mengzahirkan
akan dirinya
kepada insan sifat
Allah,Itulah sebab
dikatakan itu.
Soal-
Adakah hakikat
bertakyin itu
sampai Makrifat
insan itu kesana
atau tiadakah?
Jawab:-
InsyaAllah
Taala.Mudah
mudahan
dikurniai hal
keadaan yang
demikian.
Ketahuilah olehmu
hai orang yang
menuntut ilmu,
jangan syak
wasangka.Seperti
kata
Ahdah zat,Wahdah
sifat Allah,Wahdiat
Asma' Allah,alam
roh,alam
misal,alam
ajsam,alam insan
itu af'al Allah dan
af'al Allah itu
tubuh pada
kita.Asma Allah itu
hati
pada kita,Sifat
Allah itu nyawa
pada kita dan zat
Allah itu Sirr pada
kita yakni rahsia
pada kita.
Adapun Sirr itu
pada kita tempat
tajali zat Allah roh
pada kita tempat
tajali sifat Allah
hati pada kita
etmpat Tajali
Asma' Allah,
tubuh pada kita
tempat tajali Af'al
Allah
Adapun sempurna
niat tiada diatas
tiada dibawah
tiada dikanan
tiada dikiri tiada
dibelakang tiada
dihadapan.
Ertinya:- Asa kan
sama dengan
akalmu lenyapkan
badanmu dengan
nyawamu,
pejamkan
pandanganmu
mata
disana,lumatlah
rupamu ertinya
barang siapa
menghasilkan
kata
empat itu
didalamYakni
fikirannya.Nama
( Khassa khass )
Diri Batin:-
Adapun diri yang
batin itu iaitu
nyawa daripada
anasir yang batin
iaitu ujud,ilmu nur
suhud yang
dinamai ia insan
hakikat.Adapun
diri kita yang
zahir itu umpama
sebuah
perahu diperintah
oleh
nahudanya.Masing
2 perahu masing2
nahudanya.
Adapun 7 sifat itu
ialah
Hayat,Ilmu,Kudrat,
Iradat,Samak,
Basar,Kalam maka
yang 7 sifat
dikurniakanAllah
Taala kepada
nyawa kita supaya
kuasa ia
memerintah tubuh
kita itu
kerana bahawa
tubuh kita itu
semata-mata
wayang kulit tiada
mempunyai
perintah
melainkan dengan
perintah
Dalang.Dan adalah
nyawa itu
umpama
pesawatnya
kerana
dalang itu jika
tiada pesawat
nescaya tiada
zahir hikmat
dalang itu maka
jangan lah
terhenti
memandang
pesawat itu
( Makrifat yg
sebenar2 nya.)
Kerana itu tiada
bercerai dalang
dengan wayang
dan wayang tiada
bercerai dengan
dalang jikalau
bercerai nescaya
binasa wayang itu
tiada berketahuan
lagi.Demikianlah
keadaan hamba
dengan tuhan
sentiasa tiada
bercerai daripada
azali datang
kepada Abda.
Inilah pasal
menyatakan
sembahyang dan
mengetahui asal
sembahyang dan
mengetahui
segala Fardhu
sembahyang.
Soal-
Jika ditanya orang
sembahyang itu
dengan solat,satu
namakah atau
berbeza?
Jawab:-
Adapun pada
pihak lafaznya itu
berbeza tetapi
pada pihak
maknanya satu
jua.Tetapi yg
dinamakan solat
itu penerimaan
adapun dinamai
sembahyang itu
pada pekerjaan yg
zahir.
Soal-
Jika ditanya orang
apa asalnya Subuh
2 rakaat,zohor 4
rakaat,asar 4
rakaat,maghrib 3
rakaat dan isyak 4
rakaat?
Jawab:-
Adapun
sembahyang
subuh itu 2 rakaat
kerana kenyataan
zat dan
sifat.Sembahyang
Zohor 4 rakaat
kerana Tajali
Tuhan itu 4
perkara iaitu
Hayat,Kudrat,Ilmu,
Iradat,
Sembahyang Asar
4 rakaat kerana
asal Adam itu 4
martabat
iaitu Tanah,air,api,
angin.Dan
sembahyang
maghrib 3 rakaat
kerana 3 perkara
Ahdah,Wahdah,
Wahdiyat ertinya
(Allah,Muhammad,
Adam ) dan
sembahyang Isyak
4
rakaat iaitu
( Di,Wadi,Mani,
Maknikam )
Soal-
Jika ditanya orang
kepada kita
sembahyang itu
apa faedahnya
kepada kita yang
mengerjakan dia
itu dan apa
kehendak kita?
Jawab:-
Adapun disuruh
kita sembahyang
itu iaitu tiada
memberi manfaat
kepada Allah Taala
dan
tiada mengambil
faedah
atasnya.Adapun
faedahnya sebab
kita mengerjakan
sembahyang
itu sebab kita
sebenar2 hamba
lagipun kita
mengaku akan
Allah Taala itu
Tuhan yang
sebenar2nya lagi
Esa ia
zatnya,sifatnya,Af'
alnya,iaitu seperti
firman Allah
didalam Al-
Quran:-
(Alastu
Birobbikum Kholu
Bala )
Ertinya- Bukankah
aku
tuhanmu,maka
sembah segala
zuriat(engkaulah
lah tuhan kami )
Maka hendaklah
kita sembahyang
itu dengan
ikhlas,ertinya
tiada sebab
berkehendak
syurga dan sebab
takut akan neraka
hanya kita ini
martabat
kehambaan maka
Allah itulah
tuhan kita yang
sebenar2nya jika
tiada demikian itu
nescaya
berdosalah kita
dengan tuhan
kita.
Soal-
Berdiri didalam
sembahyang itu
apa asal?
Jawab:-
Bermula berdiri
itu daripada api
asalnya.Rukuk itu
angin
asalnya.Sujud itu
Air
asalnya.Duduk itu
Tanah asalnya.
Soal-
Api,angin,air,tanah
itu apa pada kita?
Jawab:-
Adapun api itu
nyawa kita,angin
itu jadi nafsu
kita,air itu jadi
darah kita,tanah
itu jasad
yakni badan kita.
Soal-
Berdiri itu
perbuatan
apa,rukuk itu
perbuatan
apa,sujud itu
perbuatan
apa,duduk itu
perbuatan apa?
Jawab:-
Adapun berdiri itu
kebangkitan pada
nyawa,rukuk itu
kebangkitan pada
nafsu,sujud itu
kebangkitan pada
darah dan duduk
itu kebangkitan
pada jasad kita
Inilah af!al nabi
SAW.Rasullullah
kepada Abu
Bakar,umar,usman
,Ali ( Radiallah )
maka sabdanya
barang siapa
mengetahui Tajali
waktu ini maka
sempurnalah
sembahyang
dan
makrifatnya.Dan
jika tiada
diketahui maka
tiada sah
sembahyang dan
makrifatnya.Maka
inilah yang
bernama
Fardhu.Maka
inilah yang asal
fardhu dan juga
inilah Tajali waktu
maka sembah Ali
Ya
Junjunganku.Apa
sebab Subuh 2
rakaat,zohor 4
rakaat,asar 4
rakaat,maghrib 3
rakaat dan isyak 4
rakaat.Maka sabda
nabi,Ya Ali,Subuh 2
rakaat kenyataan
zat dan
sifat,waktu zohor
4 rakaat kerana
tajali Tuhan 4
perkara
Ujud,Ilmu
Nur,Suhud.Waktu
Asar 4 rakaat
kerana 4
perkara,Tanah,air,
api,angin.Waktu
maghrib 3 rakaat
kerana tajali 3
perkara
Ahdah,Wahdah,
Wahdiat ertinya
Allah,Muhammad,
Adam
(Zat,Sifat,Af'al)
.Waktu Isyak 4
rakaat kerana
tajali Hamba itu 4
perkara
( Di,Wadi,Mani,
Maknikam ).
Soal-
Jika ditanya orang
mana asal
sembahyang itu?
Jawab:-
Adapun asal
sembahyang itu
( 4 ) Tanah,air,api,
angin.
Soal-
Jika ditanya orang
apa perbuatan
sembahyang itu?
Jawab:-
1) Kiyam yakni
berdiribetul
2) Rukuk
3) Sujud
4) Duduk iaitu
yakni tetap.
Maka kiyam itu
yakni berdiri betul
iaitu af'al
api,kerana api
menyala betul
berdiri.
Rukuk itu pula
af'al angin kerana
angin itu condong
betul.
Sujud itu af'al air
kerana air itu
menolak kebawah
dan duduk pula
af'al tanah kerana
tetap dibawah.
Soal-
Jika ditanya orang
5 waktu itu keluar
daripada apa?
Jawab:-
Bermula 5 waktu
itu keluar
daripada
Alif,Lam,Ha,Mim,
Dal.( 5 huruf )
Soal-
Jika ditanya orang
5 waktu keluar
dari
apa,Zohor,asar,
maghrib,isyak?
Jawab:-
Adapun waktu
zohor itu daripada
huruf ( Alif )Asar
itu daripada huruf
( Lam ),Maghrib
itu dari huruf
( Ha ),Isyak itu dari
huruf ( Mim )
waktu subuh pula
dari huruf ( Dal ).
Soal-
Jika ditanya orang
apa sebab bacaan
waktu zohor dan
asar tidak
dinyaringkan dan
apa
sebab waktu
maghris,isyak,
subuh bacaan
dinyaringkan?
Jawab:-
Sebab waktu
zohor keluar dari
huruf ( Alif )
.Waktu Asar keluar
dari huruf ( Lam )
maka
huruf alif dam
huruf lam keluar
daripada lafaz
nama Allah.Kerana
Alaah Taala tiada
bertakyin kerana
batin adanya.Maka
sebab itulah
sembahyang
zohor,asar itu
disembunyikan
yakni tiada
dinyaringkan.
Adapun waktu
maghrib,isyak,
subuh itu
dinyaringkan
kerana waktu
yang 3 itu keluar
daripada huruf
( Ha,Mim,Dal )
kerana 3
huruf ini huruf
Muhammad
( SAW )
Kerana
Muhammad itu
tuhan takyin dan
segala takyin
itulah
mengzahirkan
nama Allah
dan takyin itulah
juga menyatakan
zat,sifat,af'al
daripada
nyatanya.
Itulah sebab
sembahyang
maghrib,isyak,
subuh
dinyaringkan,
kemudian
disembunyikan
segala takyin itu
daripada
takyin.Maka
kembalilah
kepada takyin
seperti sabda nabi
(Alan
Kama) kata takyin
sekarang pun
dahulu jua tiada
bertakyin
juga.Kerana zahir
itu kembali
kepada yakin
pertamanya.Maka
kita bertafakur
kemudian
disunyikan,
barangsiapa tahu
akannya hakikat
yang
demikian,maka
tahulah ia akan
hakikat
sembahyang.
Sekian
adanya.
Bismillahhirrohma
nirrohim
Ini pasal
menyatakan kiblat
orang
sembahyang itu 3
perkara:-
1) Kiblat tubuh
2) Kiblat hati
3) Kiblat nyawa
1) Adapun kiblat
tubuh itu atau
kiblat dada itu
kaabah,maka
segala orang yang
sembahyang
hendaklah
mengadapkan
kiblat ini.Jikalau
tiada kiblat ini
maka tiada
sah
sembahyangnya.
Maka hendaklah
dadanya,segalanya
anggotanya,urat,
daging,darah,
tulang semua
segala anggotanya
sebab difardhukan
oleh Allah Taala
segala orang islam
mengadapkan dia
maka sah
sembahyangnya.
2) Kiblat Hati:-
Adapun kiblat hati
itu kepada tuhan
Kaabah Allah
maka hendaklah
kita iktikadkan
Allah Taala tiada
dikanan,tiada
dikiri,tiada
dihadapan,tiada
dibelakang,tiada
diatas,tiada
dibawah bahkan
tiada ditentukan
disuatu tempat ia
jua melainkan
meliputi alam
selian ( Ahadon
Shomadan )
seperti firman
Allah
(
Wallahhumuhitho
m Anil alamin )
ertinya-Allah
meliputi alam
sekelian.Firman
Allah lagi
( Wahuwa
ma'akum
A'innama
Kuntum ) ertinya-
Allah jua suatu
kata
barang dimana
saja kamu berada
adalah tuhan
kamu,jikalau
demikian itu nyata
bahawa Allah itu
tiada ditentukan
akan tempat
kepadanya.Suatu
tempat tetapi ia
hadir jua.Maka
keadaan demikian
itu iktikad kita
inilah yang
dikehendaki hati
kita.
3) Kiblat nyawa:-
Adapun kiblat
nyawa itu pula
sentiasa ia tiada
bercerai dengan
tuhannya
kerana anugerah
oleh tuhannya.7
sifat iaitu hayat
dihantarkan
kepada nyawa
kita maka
hiduplah
dengan yang
hidup maka
dihantar pula ilmu
kepad
Hati kita maka
tahulah kita
dengan yang
tahu,maka
dihantar pula
kudrat kepada
anggota kita maka
kuasalah kita
dengan
kuasanya,maka
dihantar pula
iradat
kepada nafsu kita
jadi
berkehendaklah
kita yang
berkehendaknya.
Maka dihantar
pula Samak
kepada telinga
kita maka
mendengarlah
kita dengan yang
mendengarnya,
maka dihantar
pula Basar kepada
mata kita maka
melihatlah kita
dengan
melihatnya maka
dihantar Kalam
kepada kita maka
berkata-katalah
kita
denagn berkata-
katanya.Maka
ditakyinkan
kepada iktikad
kita yang berkata-
kata
inilah Allah
Taala.Apabila
engkau ketahui
hal yang demikian
maka hendaklah
engkau ketahui
fanakan dirimu itu
segala
perbuatanmu itu
didalam Af'al Allah
semata-mata
maka hapuslah,
karamlah,
lenyaplah sifat itu
didalam sifat
Allah.Maka sifat
Allah semata2
tiada sekali2 sifat
kita,maka
hapuskanlah zat
sifat
kita didalam zat
Allah.Biarlah
tinggal zat Allah
semata2 kerana
kita tanah
kembali kepada
Adam sedia kala.
Maka kata olehmu
( Allah Hu Akhbar )
itulah bernama
sembahyang
orang
( KhasulKhas )
namanya maka
peroleh makam
fana jati dan
makam Tabdul
Kalam
Allah.Jikalau tiada
demikian maka
tiada sah
sembahyangnya
maka tiliklah
sembahyangnya.Ia
menyembah huruf
dan suara dan
menyembah
bayang yang
Asa.Maka
sempurnalah
ibadatmu dan
amalan mu itu
kepada Allah Taala
kerana
inilah dinamakan
sembahyang-Hai
saudaraku,
ketahuilah olehmu
akan sempurna
sembahyang itu
tiada sah
sembahyang itu
tiada niat,dan
ikhlas,melainkan
dengan
hati dan tiada
diterimanya hati
itu dengan ilmu
dan takyin.Adapun
erti hati itu
Ikhlas ilmu dan
makrifat itu ialah
rohani,maka
ketahuilah olehmu
bahawa
sekelian
perbuatan itu
dengan niat dan
tertib.Tertib itu
daripada Qasad
dan Qasad
tertib itu daripada
hati yang tatif
iaitu rohani.
Adapun cita2
terdahulu
daripada niat dan
Qasad itu pula 3
bahagi
1) Qasad nafsu
2) Qasad kiblat
3) Qasad roh
Adapun Qasad roh
didalam rahsia
adapun tatkala
berdiri
sembahyangnya
itu maka
kita hapuskan dan
lenyapkan
perbuatan kita
didalam af'al
Allah,maka
tinggallah
af'al Allah semata2
dan
kudratnya.Maka
kata olehmu Allah
Hu Akhbar makam
hanaak jati dan
makan pana
mikraj mikraj
tabdul dan makam
Islam maka
peroleh
lazat dan citarasa
baginya.
Ketahuilah olehmu
bahawasanya
jalan kepada Allah
Taala itu 4 jalan
1) Jalan Syariat
2) Jalan Tarikat
3) Jalan Hakikat
4) Jalan Makrifat
Adapun syariat itu
kata2 nabi2
Tarikat itu
perbuatan Nabi
Hakikat itu tempat
kediaman nabi
Makrifat itu ialah
rahsianya.
Adapun istana
syariat itu
lidah,Istana tarikat
itu hati,Istana
Hakikat itu
nyawa,Istana
Makrifat itu
kelakuan
Nabi.Meliputi
dengan semata2
sekelian alam
inilah dinamai
jalan
yang 4 itu.Maka
hendaklah kita
ketahui dan kenal
dengan hatinya.
Bermula syariat
itu kerja
tubuh,tarikat itu
kerja hati,hakikat
itu kerja nyawa
dan makrifat
itu kerja rahsia.
Soal-
Jika ditanya orang
apa dijunjungan
islam?
Jawab:-
Adapun dijunjung
oleh islam itu
Titah yang 4
bahagi
1) Syariat yang
dijunjung oleh
anggota islam
2) Tarikat
dijunjung oleh
hati islam
3) Hakikat
dijunjung oleh
nyawa islam
4) Makrifat itu
dijunjung oleh
orang yang
mengetahui islam
yang 4
Maka inilah orang
yang dinamakan
( Sho Fi Daari )
ertinya hidup
kepada 2 negeri
maka
orang inilah
dinamakan orang
segala orang yang
arif ( Ya Allahi
Khasu Khass)
ertinya
pilihan dan
mukmin shodiq
mukmin yang
sebenar maka
inilah yang
dikatakan
bergantung pada
tali Allah.Allah
yang tiada
berputus
musyahadah dan
muqabalah dan
muraqabah
dengan hak Allah
Taala daripada
Aadam kepada
ujudnya.Daripada
ujud
kepada aadamnya
tiada bercerai
tiada bertemu
tiada lain
daripadanya.Dan
lagi Allah
Taala menjadikan
sembahyang
seperti nabi
Ahmad
Muhammad pun
namanya.Maka
Ahmad itu 4 huruf
Alif,Ha,Mim,Dal,
maka berdiri itu
seperti Alif,rukuk
itu seperti
Haa,Sujud seperti
Mim,duduk seperti
Dal,demikian 4 itu.
Adapun tubuh
manusia itu yakni
tubuh Adam alai
hissalam.Asal
kejadian dari 4
anasir
tanah,air,api dan
angin.
Adapun tanah itu
tempat nyawa
ujud Allah yang
bernama Hakim
ertinya yang tahu
pada
hukumnya.Adapun
air itu tempat
nyata ujud Allah
yang bernama
Muhyi yag yang
hidup.
Angin itu tempat
nyata ujud Allah
yang bernama
Qaiyum ertinya
yang kuasa.Api itu
pula
tempat nyata ujud
Allah yang
bernama
Aazim.Maka
hendaklah ditilik
dan dilihat kamil
mukamil itu
seperti memilik ia
kepada bercerai
maka ia melihat
berhimpun 4 itu
kepada
insan maka ia
menilik kepada
insan dilihat
dengan mata hati
pada insan ujud
Allah yang
bernama Allah
inilah isyarat
hadis nabi ( Man
nazara ila Sai in
Walam yarallah fi
fahuwa
batiun )
Barangsiapa
memilik kepada
sesuatu tempat
tiada dilihat Allah
pada maka iaitu
batal.Inilah arif
kamil mukamil
tiada berputus
dirinya,hatinya,
nyawa,dan
rahsianya
itu,berkehendak
kepada yang
bernama Allah.
Adapun diri kita 2
bahagi
1) Diri berdiri
2) Diri terperi
Maka berdiri
itulah sifat
kehambaan yang
jadi daripada 2
ibubapa kita asal
daripada
mani,tatkala
masuk kedalam
rahim ibu 40
hari,nutpah
namanya.Genap
80 hari Alagah
namanya ertinya
Darah
berkumpul.Genap
120 hari Mudqah
namanya ertinya
daging tiada
bertulang.
Kemudian
daripada manusia
dirupakan Allah
Taala akan dia
yang kehendaki
merupakan dia
dan tanah
sempurnalah
kejadiannya.
Maka dititahkan
nyawa masuk
kedalam dengan
dikehendaki ,dan
apakala masuk
nyawa
kedalam ibunya
maka dikeluarkan
Allah daripada
perut ibunya
kepada alam
wasitah
seperti orang yang
telah jaga dari
tidurnya.Maka
dilihat tiada lagi
rupa yang telah
dilihatnya maka ia
pun
menangis.Sebab
suaranya itulah
bernama
insan.Tatkala ia
tahu
menangis
Muhammad
namanyatatkala
inilah dijadikan
Allah ( Ahlil
Sunnah
Waljamaah )
Tatkala ia tahu
menyusu ( Sipiah
namanya ) tatkala
ia tahu berkata-
kata kitab
namanya.Kerna
tatkala itu nyata
rupa semasa
dalam kandungan
ibunya inilah yang
dikenalnya
itu,tatkala ia
pandai meniarap
Hanafi
namanya,tatkala
ia tahu duduk
Malik
namanya,tatkala
tahu berdiri
Hambali
namanya,tatkala
ia boleh
merangkak Syafie
namanya.Inilah
jalan aman yang 4
itu,dijadikan Allah
Taala tatkala
dalam peliharaan
ibubapa tahu
berlari Shorih
namanya.Kerana
tatkala itu suatu
pun tiada
menkhabarkan
diri ada kelebihan
didalam rahim
ibunya.
Maka tatkala
sudah cerdik
boleh berjalan
berlari,pandai
berkata2 maka
tatkala itu leka ia
dengan dunia dan
lupa ia akan
dirinya.Maka
masuklah kedalam
dunia ini hilanglah
ilmu
itu menunjukkan
diri kita yang
terperi itu Araad
jua.Segala guna
yang ada ini tiada
kekal
ia pada kedua
masuk dan kurang
itu 1 alam jasmani
jua bukan alam
rohani kerana
alam
jasmani itu
tempat nyata alam
rohani,ertinya
( alam
jasmani,alam
rohani ) maka
telah
ketahui
bahawasanya
keadaan kita insan
bahawasanya
alam rohani itu
tetap selama2nya
Tiada
berubah,tiada
kurang
daripadanya.Inilah
diri kita dengan
terperi dengan
segala peri
mulia.Adapun diri
terperi itu tiada
makan,tiada
minum,tiada
beristeri,tiada
beranak,tiada
beribu,tiada
tidur,tiada
mati,maka diri
kita inilah
dikurniakan Allah
Taala sifat 2 x 7.
Maka dengan sifat
inilah diri berdiri
itu umpama
perahu diperintah
oleh
nahudanya.Masing
2 perahu masing2
nahudanya.
Adapun sifat 2 x 7
dikurniakan Allah
Taala kepada roh
iaitu sifat MaÉani
dan sifat
Maknawiyah
itulah dikurniakan
Allah Taala
roh kita supaya
kuasa memerintah
jasad kita.Semata2
wayang kulit.tiada
yang empunya
perintah
melainkan dengan
perintah Tok
Dalang jua.Dan
roh adalah
umpama menutup
dalang itu jikalau
tiada pesawatnya.
Nescaya tiada
akan zahir
hikmatnya
memandang
pesawat itu.Maka
hendaklah
Makrifat yang
tahkik kerana
dalang itu tiada
bercerai
dengan wayang
dan wayang itu
tiada bercerai
dengan dalangnya.
Seketika
juapun,jikalau
bercerai nescaya
binasalah wayang
itu.Demikianlah
juga keadaan
hamba denagn
Tuhan.Sentiasa
tiada bercerai
daripada asal
datang kepada
AbdaÉ inilah
firman Allah.
(Wahuwa Maakum
Anama kuntum )
ertinya Allah serta
kamu barang
dimana kamu.Dan
martabat Sani pun
serta kita maka
Allah Fardhukan
kita pandangan
jangan lalai serta
hamba dengan
tuhan daripada
azali datang
kepada
Abda',kemudian
daripada itu
ketahui
olehmu akan
nama Allah akan
nama Allah dan
Muhammad.
Adapun nama
Allah ini 4
huruf iaitu
Alif,Lam,Lam Haa
dihimpun (Allah)
.demikian suatu
Allah dan lagi
insan pun
5 jari kelingking
huruf alif,jari
manis huruf
lam,dan jari
tengah huruf lam
akhir dan
telunjuk dan ibu
jari itu huruf
haa.Demikianlah
suatu Allah pada
jari tangan kiri
kanan
dan kaki kiri
kanan itu jua
huruf insan itu
nama ( Allah ) dan
nama rasullullah
kerana
firman Allah
didalam hadis
Qudsi iaitu
jasmani insan.
Tubuh
manusia,nafsu,
hati,nyawa,
melihat,lidah,
tangan,kaki
semuanya itu aku
nyatakan
bagi diriku maka
tiada insan lain
daripada aku dan
tiada aku lain
daripadanya.Maka
sebenar2 insan itu
Muhammad.Maka
Allah
Subhanawataala
itu tajalilah ia
kepada insan
itu seperti
firmannya ( Al
insanin siri waana
sirrhu ) ertinya
insan itu rahsiaku
dan rahsia
aku rahsianya.Lagi
( Al insannu sirri
wana sirri
wasifatu la
qairuh ) ertinya-
insan itu
rahsiaku dan
sifatnya sifatku
tiada lain
daripadaku.
Demikian
kemuliaan insan
kepada
Allah Taala maka
hendaklah ketahui
keadaan rahsia
Allah itu jikalau
tiada ketahui
nescaya didalam
dosa yang amat
besar seperti
sabda nabi
( Ujuduka zambuu
la
yuqasabihi
zambun ) ertinya-
Adamu rasanya
yang sebagai
denagn dia rasa
sentiasa rasa
engkau,engkau
didalam rasanya.
Didalam kebaktian
sekelian pun
kerana kebaktian
jikalau tiada ilmu
maka tiada
sempurnalah
kebaktian kepada
Allah Taala kerana
ini sabda nabi ( Al
ilmu rohu wal
amal
jasad ) ertinya-
Ilmu itu nyawa
dan amal itu
tubuh yakni
jikalau tiada
nyawa maka tiada
dapat tubuh itu
bergerak.
Demikianlah
kebaktian pun jika
tiada dengan tiada
sempurnanya.
Adapun nama
Muhammad itu
pada tubuh kita
ada 4 huruf
mim,haa,mim,dal.
Adapun kepala
kita huruf
mim,tangan kita
huruf
haa,pinggang itu
huruf
mim akhir dan
peha kedua itu
huruf
dal.Demikianlah
didalamnya.Tiada
lain daripada
nama Allah dan
nama Muhammad
maka tiliklah
nyata2 dengan
memohonkan
kerana
Allah Taala tuhan
yang sebenar2nya.
Adapun rahsia itu
tersembunyi
nyawa,nyawa dan
rahsia
tersembunyi pada
tubuh maka
inilah ( Tanzil )
yakni pandangan
turun pada
taqwa.Yakni
pandangan
naik.Maka
pandangan badan
menunjukkan
hati,hati
menunjukkan
nyawa,nyawa
menunjukkan
rahsia
dan rahsia
menunjukkan ujud
Allah Taala.Maka
zikirlah ( Lailaha
illa Allah ) tiada
tuhan
hanya Allah.
Sabda
nabi,barangsiapa
tiada tahu akan
sembahyang maka
iaitu sia2lah
sembahyangnya
kerana
sembahyang 5
waktu itu
rasullullah
empunya
waktu,rasul 5
waktu Allah
jadikan
dia dahulu
daripada 70000
tahun dahulu
lamanya iaitu dari
4 bangsa
Kudrat,Iradat,
Rahmat,Hibatnya.
Maka tilik Allah
akan 4 itu
menjadikan 5
rupanya iaitu
Putih,kuning,
merah,hijau.
Bermula putih
waktunya
subuh.Kuning
waktunya
zohor,merah
waktunya
asar,Hijau
waktunya
maghrib dan
hitam waktunya
isyak.Semuanya
ini pada
tubuh manusia
( tubuh kita )
maka sebab itulah
berdiri,rukuk,
sujud,duduk
kerana Allah
Taala menjadikan
Nabi Adam itu
daripada 4 anasir
iaitu
tanah,air,api,angin
.Maka berdiri
itu peri api kerana
api nyala tegak
menjulang
keatas,rukuk itu
perbuatan angin
betul
condong,sujud itu
perbuatan air
kerana air itu
mengalir kebawah
dan duduk itu itu
perbyatan tanah
kerana tanah atau
bumi.Demikianlah
asalnya orang
(Ahlul Hakikat ).
Adapun berdiri itu
daripada huruf
alif,rukuk itu
daripada huruf
lam,sujud itu
daripada
huruf
haa.tomakniah itu
dari huruf
mim,duduk itu
dari hurf
dal.Adapun asal
waktu yang 5
itu daripada
alif,lam,haa,mim,
dal.Adapun waktu
zohor itu huruf
alif maknanya dari
ujud
waktu asar
daripada hurf
lam,makna
daripada ilmu
Allah.Waktu
maghrib itu
daripada
huruf haa makna
kudrat
Allah,waktu subuh
itu daripada huruf
dal makna
daripada sir
Allah,maka
dinamakan isyarat
daripada
zatnya,sifatnya,
asmanya dan
afÉalnya.Dan inilah
sebenarnya
sempurna tuhan
namanya maka
ketahuilah oleh
akan waktu yang
5 itu.Kija
tiada ketahui
tiada sah
pekerjaannya
adapun pertama
dijadikan Allah
Taala hati dan
mata
inilah menjadikan
waktu
subuh,kemudian
dijadikan Allah
urat inilah
menjadikan waktu
zohor,kemudian
dijadikan Allah
tulan.Inilah
menjadikan
Maghrib.Kemudian
dijadikan
Allah roh inilah
dijadikan Allah
waktu jumaat
maka inilah
berhimpun puji
dan sembah
jua adanya.
Adapun kemudian
itu wahai
saudaraku
ketahuilah olehmu
dunia dan akhirat
akan
perkataan ini
ingatkan dan
pandanglah
didalam
rupamu,berjalan,
berdiri,bergerak,
didalam
sembahyang,
didalam
berkira.Jangan
saudaraku
lupakan
pandangan itu
seketika
walaupun
sekelip mata jua
pun.Maka
kenyataan ini
tiada tahu oleh
orang.Jikalau tiada
guru yang
kasih akan anak
muridnya.Maka
tiadalah dapat
akan perkataan ini
tiada boleh
didengar
oleh orang lain
kerana ilmu
kesudahan,maka
tiada lagi dikata
inilah nama
( Mahmu
Utirida ) ertinya-
perhimpunan
rahsia yang
mulia2.
Inilah rahsia
hamba kepada
saudaraku maka
hendaklah ingat
baik2 jangan lupa
walau
sekelip mata jua
pun seperti firman
Allah ( Barang
siapa tiada kenal
akan milikku itu
nescaya akan
bakar akan dia
dengan api neraka
walau pun ia
seorang alim
sekalipun dan
barang siapa akan
ambil
milikku,maka
orang itu
hampirlah ia
dengan aku dan
tiada
terlindung dia
dengan aku.
Adapun yang
bernama milik
Allah itu iaitu
segala sifat yang 7
pada kita itu ialah
barang
ujudnya.Maka
barang tiada
maujud melainkan
dengan ampunya
bayang2 maka
bukan ia
tetapi lain
daripadanya.Maka
wajiblah atas kita
mengambil hak
Allah yang
daripada kita
inilah sifatnya
yakni jangan ada
lagi hidup
kita,tahu
kita,melihat
kita,dan kata2 kita
melainkan hanya
Allah Taala.Dengan
hakikat hati jua
bukan dikata
dengan lidah
menyebut zikir La
Ilaha Illallah atau
Hu Hu atau tatkala
duduk,berjalan,
bergerak,diam,
makan,minum,
maka inilah lafaz
menilik bagi Allah
hendaklah kita
pandang siang
dan
malam.Adapun
kita ini
bertubuhkan
Muhammad Batin
dan zahir,maka
yang ada jadi
pada tubuh kita
hakikat kerana
kejadian roh kita
dan tubuh
kita daripada Nur
Muhammad
nescaya
Muhammad juga
namanya.Maka
tiada lain kepada
hakikat dan jadi
bertubuh yang
batin dan zahir
namanya itu
kerana nama
rahsia itu terlalu
banyak.Allah pun
namanya
jua.Adapun
sebenar2 sifat
kepada kita inilah
rahsia yang
sebenar2 rahsia
yang ada pada
kita yang
ketahui.Adapun
jalan hakikat
inilah ( Allah Hu
Akhbar ) inilah
sifat afÉal tiada
lagi hati menyebut
dan tiada lagi
lidah
berkata,hanya
sifat
AsmaÉ
hayat,ilmu,kudrat,
iradat yang
mengatakan.
tiadalah hati lagi
kerana rahsia
Allah
Hayat,Ilmu,Kudrat,
Iradat nama
rahsia Allah
kepada batin kita
memerintah roh2
memerintah
hati.Hati
memerintah
tubuh,maka tubuh
pun berlakulah
berbagai2
kehendak
memerintah
sekelian itu,maka
makrifat ada
dengan sendirinya
tiadalah
dua ,tiga.Hanya
Allah memuji
dirinya sendiri
tiadalah kita lagi
rasa hati dan
tubuhnya maka
jangan
diingatkan lagi
hanya Allah yang
ada itu kerana
Allah yang
bernama rahsia
itu
kehendaknya kita
menjadi serasi
dengan dia.Jikalau
tiada serasi siapa
kita hendak lagi
kerana rahsia
yang dapat
melihat Allah
Taala mengenal
Allah,Memuji
Allah,hendaklah
bagi kita rahsia
Allah kepada kita
itu jadi serasi
yang hendak
berzikir berbagai2
rahsia
Allah.Seperti
Sabda Nabi:
Asal kejadian itu 4
anasir iaitu
tanah,air,api,angin
.Turun kepada kita
tanah itu tubuh
kita,angin itu
nafas kita,api itu
darah kita.air itu
rahsia bg
kita..Maka inilah
mengenal diri
namanya.Kejadian
tanah itu bernama
syariat,kejadian
angin itu bernama
tarikat,kejadian
Api itu bernama
bernama hakikat
dan kejadian air
itu bernama
makrifat.Inilah
mengenal
diri
namanya.Maka
syariat itu
umpama
kaki,tarikat itu
umpama
tangan,hakikat itu
umpama
tubuh,makrifat itu
umpama
kepala.Maka
tiadalah ia
bercerai
hendaklah kita
hilangkan bicara
tubuh dirahsiakan
inilah fana
namanya.Maka
tiadalah boleh
bercerai2
hanya ada Allah
sendiri kerana
dilihat
mengatakan ( La
Yakrifu Allah
Ilallah )ertinya-
Tiada mengenal
Allah hanya Allah
maka tiada dapat
kita mengenal
Allah kerana tiada
kita melihatnya.
Adapun yang kata
berbagai2 itulah
rahsia Allah
kepada batin dan
zahirnya kita
mengatakan ( La
Ilaha Illa Allah )
itulah rahsia Allah
yang mengatakan
rahsia ertinya-
Tiada lagi hatinya
dapat mengenal
Allah hanya rahsia
Allah saja yang
dapat mengenal
maka
berganti2lah
tubuh dan hati itu
tiada lagi
menyebut hanya
Allah dengan
rahsia jua
iaitu yang ada
pada jalan
makrifat.
Tatkala mengata
( Allah Hu Akhbar )
itu hanya Allah
yang ada
menyebut jangan
ada lagi
rasa berbagai2
yang diingatkan
batin dan zahir
hanya Allah saja
maka hilanglah
cita2
yang lain hanya
Allah yang ada
pada makrifat
itu.Maka hairanlah
kita tercengang2
setelah itu Allah
tahukan dirinya
dan tiada tahu
akan
tuhannya.Jikalau
lagi kata didalam
hati kita
menyebut itu dan
yang disembah itu
Allah maka jadi
dua,belum lagi
ada
rasa,jikalau
anugerah Allah
akan hambanya
mengerti
pengajaran itu
menjadi asa
jikalau
kita zikir atau
sembahyang.
Jangan berbeza
lagi.Jika
mengatakan ( La
Ilaha Illa Allah )
Rahsia Allah
kehendaknya Allah
memujinya sendiri
dan hati
memujinya
dirinya
Allah,jangan lagi
kata hati memuji
itu hanya rahsia
Allah juga memuji
dirinya beza yang
dipakai oleh Aulia
Allah
sekelian .Maka
tiada lagi makrifat
kita.Hanya
sendirinya dengan
rahsianya dan
kehendaknya
maka inilah Fana
pada Allah dan Ya
Allah,jikalau sudah
rasa
kepada Allah maka
tiada bercita2
kepada yang lain
lagi.Maka
hendaklah wahai
saudaraku
sekelian pagi dan
petang,siang dan
malam,dunia dan
akhirat,hidup dan
mati jangan
berubah
lagi.Adapun yang
bernama alam
sapiir itu didalam
otak kita kerana
otak kita itu
tempat nyata roh
kita yang bernama
alam sapiir itu
kerana alamnya.
Adapun yang
bernama alam
kabir itu pula
ialah tubuh yang
nyata diperintah
rahsia Allah
tempat nyata
roh.Adapun
tempat segala
perintah itu
daripada tengah
hati kita maka
berkehendaklah
hati kita
berbagai2.Adapun
rahsia itu pula
didalam pesaad
ertinya
didalam jantung
kita.Maka inilah
namanya
Allah,maka inilah
rahsia zat kerana
disana
tempat nyata
segala kehendak
Allah,maka Siir
kita itu namanya
sifat batin,didalam
tubuh
kita bernama sifat
zahir jua sekelian
adanya.
Adapun masa
tidur,Adapun masa
kita tidur itu
hilang segala rasa
sebab tiada
diperintah
rahsia Allah
jangan hendak
berbagai2.
Ingatkan diripun
tiada.Hanya yang
ada hayat
kerana rahsia
Allah itu jadi
berkehendak
kepada manusia
dan segala
binatang.Jika tiada
Batin dan zahirnya
itu berkehendak
baginya.Maka roh
itulah yang
bernama manusia
bernama tubuh
pada sekelian
aulia Allah.Maka
roh itulah
bernama makrifat
yang dapat
berjalan batin dan
dapat melihat
batin,yang
demikian itu roh
itulah melakukan
perintah
rahsia Allah orang
yang sudah
sampai ilmunya
itu bertubuh Idofi
bertubuh akan
(Muhammad)
sekian jua adanya.
Sekian saja hamba
menulis sebuah
kitab ini iaitu
sebuah kitab
Arwah Tokku
Paloh yang
telah diturunkan
kepada anak
muridnya yang
dikasihi.Jika
orang2 yang lain
daripada
jalan ini maka
tidak dibenarkan
sama sekali
dibuka atau
dicetak.
Sekian Terima
Kasih.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Komentar